Baru - baru ini, pihak Google telah melancarkan versi terkini Maps di Malaysia iaitu versi 10.30.2. Melalui versi ini pengguna dapat menggunakan fungsi Incognito, iaitu penyamaran.
Melalui fungsi Incognito ini, pengguna dapat pergi ke sesuatu destinasi atau membuat carian di Google Maps tanpa tersimpannya sejarah carian atau lokasi yang anda pergi ke akaun Google anda. Fungsi ini membuatkan privasi pengguna Google Maps lebih selamat jikalau gmail di godam.
Untuk menggunakan fungsi ini cukup mudah. Anda hanya perlu buka Google Maps anda, tekan ikon profile akaun Google anda pada kanan atas sebelah ikon pembesar suara dan anda akan nampak "Turn on incognito mode".
Selamat menggunakan fungsi baru Google Maps baru, Incognito mode tanpa tersimpannya di sejarah carian dan lokasi destinasi anda.