Dapatkan berita di dalam dan luar negara secara percuma.

© 2012 - 2019. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 16 Januari 2020

Bateri Lithium Sulfur Didakwa Akan Membolehkan Peranti Pintar Beroperasi Selama 5 Hari

0 comments


Bateri masa depan?


Sekumpulan penyelidik dari Universiti Monash dari Melbourne, Australia mendakwa mereka telah berjaya membangunkan bateri lithium sulfur (Li-S) paling efisien di dunia.


Menurut mereka, bateri tersebut mampu menguasakan telefon pintar sehingga 5 hari secara berterusan dengan setiap kali ia dicas penuh. Prestasi bateri itu adalah jauh lebih baik berbanding jenis bateri lithium ion yang digunakan pada peranti-peranti pintar moden ketika ini di mana ia hanya mampu bertahan kurang daripada sehari.


Malah mereka juga mendakwa bateri itu mampu menggerakkan kenderaan elektrik sejauh 1000km dengan hanya sekali cas.


Penyelidik juga menyatakan bahawa proses pembuatan bateri lithium sulfur ini adalah lebih murah, mudah dihasilkan dan lebih mesra alam.


Proses pembuatan bateri lithium sulfur itu telah pun dipatenkan dan prototaip sel bateri tersebut sudah pun dibangunkan oleh German R&D dengan kerjasama Fraunhofer Institute bagi penghasilan material dengan Beam Technology.


Ujian lebih lanjut ke atas bateri ini pula dilakukan di Australia yang telah menerima dana sebanyak AUD2.5 juta dari kerajaan Australia serta dari beberapa industri antarabangsa.


Sumber: Wiser.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan